Memancing di Pahang | Pancing Pahang - Memancing di Pahang
<b>Memancing di Pahang</b> | Pancing Pahang - Memancing di Pahang |
- <b>Memancing di Pahang</b> | Pancing Pahang

- <b>Memancing di Pahang</b> - Pancing Pahang

<b>Memancing di Pahang</b> | Pancing Pahang Posted: 27 Oct 2014 07:11 PM PDT
The Advanture Of Royal Belum Rainforest I 22-24 Jun 2014 Seperti pucuk dicita ulam mendatang, menerima jemputan daripada Tourism Malaysia Perak untuk pergi ke Royal Belum sempena dengan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, memang terdetik di dalam hati sekiranya tak pergi amatlah rugi sebab hati ini memang udah teringin bebenor hendak kesana tambahan lagi FAM Trips yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Perak memang terbaik, layanan staff memang sangat baguih..baguih terutama Kak Hana, Abang Shahril kak Shiela serta yang lain-lain terutama Bigbos Tuan Haji Ibrahim yang sangat humble orang. Apabila membaca email jemputan yang mengatakan akan berkampung di royal belum untuk beberapa hari dan kami akan menginap di boathouse terus meronta-ronta adeneraline mesti joint trips kali ini, alhamdulilah akhirnya tercapai juga niat saya untuk menjejakkan lagi sekali ke Taman Negeri Royal Belum diberi gelaran 'permata hati negeri perak' sangat kaya dengan pelbagai biodiversiti flora dan faunanya. Sebenarnya saya tidak tahu hendak mulakan daripada mana cerita pengembaraan saya di Royal Belum sebab semuanya amat menarik untuk dikongsikan, kami berada di hutan royal belum selama 3H2M, segala urusan penginapan, aktiviti yang dijalankan diuruskan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak dan dibantu oleh Tourism Malaysia Perak dan NCIA (Northern Corridor Implementation Authority) Penerokaan kami menjelajah Royal Belum mengguna houseboot Arus belum - antara tour guide tempatan yang menawarkan pakej houseboot sebelum saya menaip dengan lebih panjang sebab terlalu banyak luahan hati yang hendak dicoretkan disini yang pasti entry Edisi Royal Belum Trips akan bersambung-sambung jadi mohon jangan muak dan tolan telan serta hadam semua yang saya kongsikan :P Di bawah saya senaraikan aktiviti yang kami lakukan sepanjang berada di Royal Belum.
Kami bergerak daripada Padang Rengas sejurusnya tamat Program Bike Ride @ Padang Rengas melalui Tasik Raban, Lenggong, Pekan Lawin, Gerik dan seterusnya meneruskan perjalanan selama 1 jam lebih ke Jeti Banding / jeti aman dimana boothouse menunggu kehadiran kami semua. Setelah didarab dicongak dan dibahagi, untuk edisi pertama Fam Trip: Advanture of Royal Belum, saya akan kongsikan kepada korang semua bagaimana cara untuk ke sana, Perkhidmatan yang disediakan dan pakerj-pakej yang ada, jadi untuk entry berikutnya barulah bermulanya perjalanan kita meneroka Royal Belum Rainforest
1- Memandu sendiri menggunakan kereta: Melalui Lebuh Raya Utara Selatan Plust melalui exit 143 kuala kangsar terus memandu sehingga ke Gerik lebih kurang 1 jam sehingga jumpa roundabout bulat jalan terus ke pengkalan hulu, sekiranya hendak ke jeti awam tasik banding sila ambil laluan kanan jalan untuk ke kelantan sehingga sampai ke pulau banding perjalanan dianggarkan dalam 1 jam, banyak sigboard disediakan sepanjang jalan boleh dijadikan jalan petunjuk arah. Sekiranya ingin membeli sebarang barang keperluan seperti makanan dan barang keperluan dicadangkan beli di Pekan Gerik dan pastikan isi minyak penuh di stesen minyak di situ kerana perjalanan seterusnya ke Royal Belum tidak akan jumpa mana-mana lagi pekan atau perhentian. 2- Menaiki kenderaan awam bas atau teksi: Menaiki bas akan turun di stesen bas gerik, boleh ambil teksi di belakang stesen bas gerik (hubungi 05-7911263) dikenakan tambang sebanyak RM60.00 sebiji kereta digalakkan anda berkongsi tambang.
1- Melalui Pihak Perbadanan Taman Negeri Perak (sangat dicadangkan) Perbadanan Taman Negeri Perak 11067, Jlan Suda Bahagia, Gerik, Perak Tel : 05-7914543/05-7917858 Email : fadhilahtamannegeri@gmail.com 2- Melalui Jabatan Perhilitan atau Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Perak, Gerik Telefon : 05-7911164, 7911963, 536261 faksimile : 05-7912933 dan 5363275. 3- Melalui pihak nature guide yang didaftar dengan Perbadanan Taman Negeri Perak Zulkarnain Manas : 019 - 408 3043 Azmi :012 - 578 9554 Samsudin :019 -526 0067 4- Melalui Pihak Belum Rainforest Resort Belum Rainforest Resort 33200 Pulau Banding, Gerik, Perak Phone: 05-791 6800 5- Melalui pengusaha boothouse, banyak pakej yang disediakan bergantung kepada bajet Arus Belum Houseboot (sangat dicadangkan) Arus Belum Snd. Bhd Royal Belum Gerik 33320 Perak Darul Ridzuan Tel: 05-7917909/ 019-5260067 ( Din @ Gopa) Tel: 019-3455233 ( Zain) 6: Melalui travel agensi Tuan Zuk Yusuf (sangat dicadangkan) Zuk Travel & Tours Sdn Bhd Tel: +6010-2254 668 E-Mail: zuktravel@yahoo.com.my Facebook Pages: Zuk Travel & Tours Diwajibkan untuk membuat permit, caranya boleh berurusan dengan Perbadanan taman negeri perak. Di sini saya kongsikan peraturan-peraturan yang anda perlu patuhi sepanjang berada di kawasan Royal Belum wajib ikut Semua pelawat-pelawat dan pengunjung serta sesiapa sahaja adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut semasa berada di dalam kawasan Taman Negeri Royal Belum. Tiada seorang pun boleh, kecuali seperti yang dinyatakan oleh Peraturan-peraturan ini, berada di Taman Negeri - 1) memasuki kawasan Taman Negeri tanpa permit yang telah disahkan oleh Perbadanan; 2) memasuki kawasan Taman Negeri berseorangan dan jika berkumpulan hendaklah ditemani/bersama sekurang-kurangnya seorang pemandu pelancong (berdaftar) atau seorang pegawai/ranjer/penguatkuasa Perbadanan; 3) membawa pelancong masuk ke Taman Negeri kecuali pemandu pelancong yang berdaftar dengan Perbadanan sahaja; 4) memasuki kawasan Taman Negeri dengan bot persendirian (tanpa lesen); 5) berada di atas bot di dalam kawasan Taman Negeri tanpa memakai jaket keselamatan; 6) menjalankan sebarang aktiviti penyelidikan di kawasan Taman Negeri tanpa mendapat kebenaran dari pihak Perbadanan dengan mengisi borang permohonan kebenaran bagi menjalankan penyelidikan, mengumpul dan membawa keluar spesimen; 7) membawa keluar apa-apa sahaja spesis flora dan fauna serta benda-benda lain yang terdapat di dalam kawasan Taman Negeri; 8) memburu, menjerat dan apa jua cara menangkap sebarang spesis hidupan liar di dalam kawasan Taman Negeri; 9) menebang dan memusnahkan pokok-pokok di dalam kawasan Taman Negeri; 10) membenarkan apa-apa haiwan ternakan memasuki atau merayau-rayau di kawasan Taman Negeri; 11) menangkap ikan menggunakan teknik bom, kejutan elektrik, panah, racun, jala, rawai, jaring, pukat, bubu dan apa-apa teknik kecuali memancing di sepanjang sungai dan tasik di kawasan Taman Negeri; 12) memancing dan apa jua cara untuk menangkap ikan di kawasan yang telah dizonkan larangan menangkap dan memancing ikan oleh Perbadanan dan Jabatan Perikanan Perak kecuali di zon yang dibenarkan sahaja; 13) membawa keluar sebarang spesis ikan terutama spesis kelah, temoleh, tengas dan sebarau kecuali spesis ikan seperti toman, baung, lampam sungai, sia, kaloi, loma, terbul dan temperas adalah dibenarkan pada kadar 3 ekor bagi setiap pemancing; 14) menduduki dan menggunakan kemudahan harta kekal dan harta mudah alih milik Perbadanan di dalam kawasan Taman Negeri tanpa kebenaran dan kelulusan dari Perbadanan; 15) merosakkan atau menyalahguna kemudahan harta kekal dan harta mudah alih milik Perbadanan di dalam kawasan Taman Negeri; 16) membina apa-apa bangunan di kawasan Taman Negeri tanpa kebenaran Perbadanan; 17) membuang sampah di merata-rata semasa berada di dalam kawasan Taman Negeri; dan 18) melanggar lain-lain peruntukan dalam peraturan ini yang akan dibuat oleh Perbadanan dari semasa ke semasa. Ini adalah entry mukadimah untuk Fam Trip: Advanture of Royal Belum, untuk entry yang berikutnya saya akan berkongsi mengenai Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, dan tempat-tempat yang menarik lagi awesome di sekitar Royal Belum. Sebelum itu mari saya belanja "video advanture" yang kami tempuhi Sepanjang FAM Trips ini berlangsung, kredit sepenuhnya kepada Tuan Sham : www.shamphotography.com. Dengan lagu cuti-cuti Malaysia background, memang fefeling abih la layan.. rugi owh..kalau korang tak tengok sampai habis. Sila tengok sampai ke minit terakhir baru ada muka teman baling-baling air dekat camera :P Diharapkan entry kali ini amatlah dapat membantu korang yang teringin datang ke sini tapi masih was-was bagaimana nak berhubung atau datang ke sini, untuk memudahkan perjalanan korang amatlah dicadangkan korang berhubung terus dengan Perbadanan Taman Negeri Perak dimana banyak pakej menarik yang ditawarkan meliputi tempat penginapan, tour guide dan membawa anda ke tempat-tempat tarikan utama di Royal Belum, jadi ada apa-apa persoalan atau pertanyaan boleh terus berhubung sama ada melalui pangilan telefon atau email. Tourism Malaysia Perak No. 12, Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh, Perak Tel : +605-2552772/9962 Faks : +605-2532194 Like Facebook :Tourism Malaysia Perak Website : www.tourism.gov.my |
<b>Memancing di Pahang</b> | Pancing Pahang Posted: 21 Oct 2014 07:50 PM PDT Ko Lipeh Sangat Indah MEMANCING DI THAILAND – PERJALANAN DAN KEPERLUAN. BUKAN semua kita mempunyai kesempatan untuk mengikuti trip memancing di Lautan Andaman Thailand. Sehubungan dengan itu bagi mereka yang pernah membaca atau mendengar cerita pasti timbul pertanyaan bagaimana hendak kesana dan apa keperluan yang dikehendaki dan perlu disediakan. Saya akan cuba memberikan informasi berdasarkan pengalaman saya memancing di Thailand sejak tahun 1999. Lokasi memancing yang biasa ditujui oleh pemancing dari Malaysia terletak diperairan Andaman sebelah Pantai Barat ( Sebelah Langkawi ). Beberapa lokasi boleh dijadikan pilihan seperti Ko Rok ( menghala ke Phuket ), Ko Adang, Nok Kiau, Ko Lipeh, Ko Samilan dan beberapa lokasi lagi. Tekong bot lebih arif lokasi mana nak dituju untuk memancing. Biasanya tekong akan melihat dan meneliti keadaan cuaca sebelum memutuskan lokasi yang hendak dituju untuk memancing. Bagaimana pun kita boleh menberikan cadangan dan berbincang dengan tekong bagi lokasi yang hendak dituju. Trip yang biasa diadakan adalah bagi 5 hari 4 malam, 4 hari 3 malam dan 3 hari 2 malam. Bilangan pemancing bagi satu bot adalah diantara 6 hingga 8 orang sahaja. Paling selesa termasuk penganjur ialah seramai 6 orang. Perjalanan Perjalanan akan bermula melalui Wang Klian, Perlis dan Wang Prachan, Thailand atau Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Danok, Thailand. Perjalanan melalui Wang Klian akan menjimatkan masa hampir 2 jam jika dibandingkan dengan perjalanan yang melalui Bukit Kayu Hitam. Urusan Imigresen, Kastam dan Polis Malaysia serta Imigresen dan Kastam Thailand perlu diuruskan di kedua-dua tempat ini. Bagi mereka yang merokok bolehlah membeli bekalan rokok bebas cukai di kompleks bebas cukai yang terdapat dikedua-dua tempat. Dari kedua-dua distinasi tersebut kita akan sampai ke Pekan Cina atau Chalung dan untuk ke Jeti Pak Bara kita perlu belok ke kanan dan meneruskan perjalanan hingga sampai ke Pekan Langu. Saudara-saudara bolehlah makan tengahari di Pekan Chalung atau boleh juga di Pak Bara. Di Pekan Langu kebiasaanya pemancing akan berhenti untuk membeli buah-buahan, umpan ikan ( tambahan ) dan apa-apa keperluan lain yang diperlukan. Perjalanan selepas itu diteruskan hingga ke Jeti Pak Bara yang terletak kira-kira 15 - 20 minit perjalanan dari Pekan Langu. Apabila tiba di Pak Bara bolehlah kita makan, minum dan mengerjakan solat di Masjid sebelum bergerak ke Jeti untuk menaiki bot. Makanan Dan Minuman Di Laut Keperluan makanan dan minuman sangat perlu diambil berat bagi setiap trip memancing. Sediakan bekalan yang lebih sedikit dari keperluan sebenar yang diperlukan. Siapa tahu qada dan qadar Allah Taala. Biasanya saya membeli makanan keperluan di Malaysia dan juga di Thailand. Makanan kering dan kudapan dibeli di Malaysia manakala di jeti Pak Bara pembelian lebih kepada barangan dapur serta air mandi (botol besar) dan air minuman. Penyediaan makanan dan minuman diatas bot akan disediakan oleh pembantu tekong. Saudara-saudara hanya perlu memancing, makan, minum dan mandi sahaja. Tak tidoq pun tak apa…… nama pun pemancing otai. Keperluan Rasmi ( Dokumentasi ) Pemancing-pemancing yang alamat pada Kad Pengenalan adalah Negeri Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan boleh menggunakan Pas Sempadan dan bagi Negeri lain perlu menggunakan Paspot Antarabangsa atau Paspot Berkumpulan. Pas Sempadan boleh dibuat di Pejabat Imigresen negeri-negeri terbabit atau di sempadan. Harganya hanyalah RM 10.00. Pasport berkumpulan boleh dibuat dimana-mana Pejabat Imigresen dengan kadar bayaran RM 200.00 dan boleh memuatkan 20 nama. Sebaiknya semua pemancing menyediakan salinan photostat Pas Sempadan Pas Berkumpulan dan juga Passport untuk disimpan oleh Ketua Kumpulan. Adakalanya Tentera Laut dan juga Polis Marin Thailand membuat rondaan dan memeriksa dokumen tersebut. Berikan mereka salinan Photostat tersebut dan segalanya dapat dipermudahkan. Bagi yang membawa kenderaan sendiri pastikan Kad Pendaftaran Kenderaan dibawa bersama. Sekiranya kenderaan yang dibawa adalah hakmilik orang lain maka surat kebenaran dari pemilik asal perlu disediakan dan disahkan oleh Polis atau JPJ atau Majistret. Insuran Thailand boleh dibeli di Pekan Changlon dengan harga antara RM 14.00 hingga RM 17.00 bagi 9 hari bergantung kepada jenis kenderaan. Pertukaran RM Malaysia ke Bhat Thailand juga boleh dilakukan di Pekan Changlon. Borang pengistiharan barangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Malaysia perlu diisikan dan diserahkan untuk di sahkan oleh mereka. Satu salianan disimpan oleh kita. Apabila memasuki Thailand kenderaan yang dibawa mestilah diperolehi permit yang dikeluarkan oleh Kastam Thailand dengan bayaran TB 100.00 atau RM 10.00. Satu salinan permit kita simpan dan mesti diserahkan kembali sewaktu keluar dari Thailand. Pihak Imigresen Thailand mengenakan bayaran TB 10.00 atau RM 1.00 bagi satu Pas Perjalanan yang dicop atau direkodkan oleh mereka. Peralatan Memancing Saya rasa saudara-saudara hendak ke medan pertempuran maka bawalah segala apa senjata sesuai yang ada. Itulah nasihat saya kepada pemancing yang mengikuti saya memancing disana. Ingatlah, jangan sepahkan peralatan anda diatas bot sebaliknya kemaskan dan simpan peralatan yang tidak digunakan disatu sudut atau tempat yang tidak akan menggangu keselesaan pemancing lain. Peralatan joran dan kekili yang tidak perlu atau tidak akan digunakan tidak perlulah dikeluarkan atau dipasang. Pastikan keperluan sebenar sahaja. Kalau rasa nak tunjuk gah tapi tak guna baik tak payah bawa. Acara Memancing Malam pertama akan digunakan untuk mencari umpan sotong di Ko Tarutao dan apabila umpan sudah mencukupi maka bot akan bertolak terus ke lokasi memancing yang telah dikenal pasti. Teruskanlah memancing sehingga ke hari terakhir untuk balik. Teknik memancing yang boleh dipraktikan adalah Trolling, Bottom Fishing, Popping, Jigging, Casting, Apollo dan Drifting. Sekiranya anda ada cara lain lalukanlah tapi jangan sampai mengganggu kawan-kawan yang lain. Pada hari terakhir perjalanan balik dari laut ke jeti mengambil masa lebih kurang 7 - 8 jam dan bot akan mula bertolak balik jam 8.00 pagi sambil berhenti memancing dibeberapa lubuk yang terdapat dalam perjalanan hinggalah sampai di jeti antara jam 3.30 – 4.30 petang. Pemunggahan barang-barang dari bot dan kedalam kenderaan memerlukan masa antara 30 - 45 minit.. Pastikan ikan siap dipunggah dari tong sejuk bot dan disusun dalam tong ikan kita semasa diatas bot lagi iaitu 30 - 45 minit sebelum bot tiba di jeti. Ini dapat menjimatkan masa kita untuk balik dan mengelakan pembuangan masa di jeti Kita bolehlah makan/minum dahulu dan seterusnya mandi manda diresorts dengan kadar bayaran RM 10.00 bilik (sesuai 4 orang sebilik) bagi menyegarkan badan. Selepas itu perjalanan keluar diteruskan dan dijangka tiba di Pusat pemeriksaan Kastam & Imigresen Wang Prachan dan Wang Klian jam 6.30 petang. Sekiranya saudara-saudara terasa letih, sengal-sengal serta sakit-sakit badan setelah 5 atau 4 hari/malam dilautan maka saudara-saudara boleh bermalam selama satu malam di resorts yang terdapat di Pekan Pak Bara. Kadar harga resorts yang cantik antara TB 350 hingga TB 500 atau RM 35.00 hingga RM 50.00 dan boleh dikongsi 2 orang sebilik. Masakan makanan kedai makan ditepian Pantai di Pak Bara sangat sedap dan saudara-saudara bolehlah menjamu selera sepuasnya bersama kawan-kawan. Sebaiknya ikan yang dipancing boleh dibawa dan mintalah kedai makan memasaknya. Masakan sweet sour, steam atau tiga rasa atau pilihlah apa-apa jenis masakan yang disukai. Perjalanan balik bolehlah dimulakan keesokan harinya. Keselamatan Para pemancing dinasihatkan membawa jaket keselamatan sendiri kerana ada bot yang tidak menyediakanya. Kalau ada pun mungkin jaket keselamatan cap ayam sahaja. Ketua kumpulan akan memaklumkan masa-masa pemancing perlu memakai jaket keselamatan dan yang sebaiknya sentiasa dipakai. Arahan beliau wajib dipatuhi tanpa sebarang kompromi. Bot memancing Thailand dilengkapi dengan Walkie Talkie 24 jam, GPS, dan Sonar. Kebiasaanya Tentera Laut dan Polis Marin Thailand akan membuat rondaan keselamatan pada musim-musim memancing. Akhir Kata Mungkin perjalanan sebenar tidak dapat diceritakan 100% dengan tulisan. Cadangan saya kepada yang belum berpeluang cuba-cubalah mengintai peluang untuk memancing di sana. Apa yang saya coretkan diharap dapat di jadikan pendoman dan panduan. Sekiranya terdapat yang terkurang atau tersilap kemaafan juga yang saya pohon dari saudara-saudara. Terima kasih. ALIASGAR MOHAMAD HANIFF, aleey61@yahoo.com |
<b>Memancing di Pahang</b> - Pancing Pahang Posted: 17 Oct 2014 07:13 PM PDT Malaysia merupakan negara yang mempunyai pulau dan pantai yang tercantik di dunia. Namun mungkin kurang pendedahan di media massa menyebabkan banyak tempat menarik di Malaysia kurang mendapat perhatian umum dan hanya beberapa tempat sahaja yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Kami ingin berkongsi dengan anda 10 lokasi pulau dengan pantai yang tercantik di Malaysia yang mungkin anda boleh lawati. *Ini merupakan pendapat peribadi penulis. 10 Pantai Tercantik di Malaysia 1. Pantai Juara, Pulau Tioman , Pahang Pantai Juara terletak di Pulau Tioman, Pahang. Bagi yang mencari ketenangan di pulau dan jauh dari orang ramai dengan pantai yang cantik, ini adalah tempatnya. Selain daripada bercuti, terdapat resort yang menyediakan kemudahan kayak, restoran, Wi-Fi , pakej percutian/snorkelling yang murah dan sebagainya. Pada 1970-an, Pulau Tioman Malaysia telah dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia oleh majalah Time dan telah dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN. Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang menarik dan bergantung kepada bajet anda seperti Berjaya Tioman Resort, Selesa Tioman, Tunamaya Beach & Spa Resort dan Paya Beach Resort. 2. Pantai Perhentian Kecil,Pulau Perhentian, Terengganu Tersenarai sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia oleh CNN, pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang ke sini. Pulau Perhentian Kecil mempunyai 'Long Beach' di mana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian dan pantai di Perhentian Kecil merupakan di antara pantai tercantik di Malaysia. Kebanyakkan pengunjung masih tidak mengenali pantai ini dan bot tidak dibenarkan memasuki pantai ini kerana terdapat banyak terumbu karang dengan air yang cetek. Di sini terdapat pemandangan indah ketika matahari terbenam. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk binatang, burung yang berhijrah dan sebagainya. Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau-pulau berhampiran, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan di sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam. Selain itu juga, ramai pengunjung 'backpacker' gemarkan destinasi ini kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dan makanan dengan harga yang berpatutan. 3. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah Terletak di luar Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu mempunyai salah satu persisiran pantai terbaik Langkawi. Air di kawasan pantai jelas seperti kristal, pasirnya pula halus menjadikan pantai ini tersenarai sebagai salah satu pantai tercantik di dunia. Terdapat beberapa gerai di tepi jalan menjual makanan popular di Langkawi dan terdapat beberapa buah resort seperti Tanjung Rhu Resort serta Four Seasons Resort bagi mereka yang ingin menginap di sini. Kebanyakkan pelancong di Langkawi berkunjung ke pantai Pantai Cenang, tetapi bagi yang inginkan ketenangan, Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat. 4. Pantai Pulau Lankayan, Sabah Pulau Lankayan adalah sebuah pulau batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan. Pantai di pulau ini ini terkenal dengan pasirnya yang amat putih yang hampir sama dengan suasana di pulau Maldives. Pulau ini mempunyai perairan yang dilindungi dan diisytiharkan sebagai sebuah taman laut negara. Pantai di Pulau Langkayan juga mempunyai resort yang eksklusif, bermakna anda boleh berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Lankayan adalah sebuah pulau kecil, ditutup sepenuhnya dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan pokok sena tinggi. Pulau ini adalah bersih, tidak mempunyai pekerjaan yang dialami manusia untuk panjang, jadi pantai dan air laut yang bersih dan jernih adalah bebas daripada kotoran dan plastik. Info Lanjut 5. Pantai Pulau Mataking, Sipadan, Sabah Pulau Mataking termasuk di dalam kawasan Borneo Nusantara Malaysia dan ia terkenal kerana menjadi sebahagian daripada "syurga penyelam" sama juga seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Tidak seperti destinasi pelancongan yang berada di bawah pentadbiran langsung Daerah Sabah, kawasan ini adalah kawasan persendirian. Kedua-dua bahagian pulau iaitu Mataking Besar dan Mataking Kecil adalah dihubungkan secara semula jadi melalui jalan pasir yang sempit, di mana anda boleh berjalan ketika air surut. Pulau ini adalah seluas 40 ekar, tetapi walaupun saiz yang kecil, anda boleh membuat pelbagai aktiviti di sini. Untuk ke sini, anda perlu mengambil penerbangan ke Tawau melalui Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu. Anda boleh menggunakan pengangkutan kereta sewa/van dari bandar Tawau pada siang hari ke Semporna dan dari situ anda boleh menggunakan perkhidmatan bot laju ke Pulau Mataking ( perjalanan selama 1 jam ). Anda juga boleh menggunakan bot ke pulau melalui Pulau Sipadan atau Pulau Mabul. 6. Pantai Pulau Manukan , Sabah Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot yang mengambil masa 10 minit perjalanan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah parasailing, selam skuba, mendaki gunung dan mengambil gambar permandangan bagi peminat fotografi. Bagi yang ingin menginap di sini, anda boleh berkunjung ke Manukan Island Resort. 7. Pantai Pulau Sapi, Sabah Pulau Sapi terletak di luar pantai pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan tarikan utama di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Dari Hyatt Regency Kinabalu, anda perlu menaiki teksi ataupun 10 minit berjalan kaki untuk ke jeti di terminal feri Jesselton Point, Kota Kinabalu. Air laut dan pantai Pulau Sapi adalah sangat jernih dan mungkin adalah salah satu pantai yang paling indah di Malaysia. Pada siang hari, pantai meriah dengan pelbagai aktiviti pantai. Pada waktu siang di Pulau Sapi, pelbagai aktiviti pantai diadakan seperti selam skuba dan kawasan pantainya sesuai untuk aktviti renang. Info Lanjut 8. Pantai Pulau Mabul, Sabah Pantai ini mungkin salah satu pantai yang terbaik yang pernah anda lihat. Imej indah pulau di lautan Pasifik Selatan akan segera berada di fikiran anda sebaik sahaja anda melangkah kaki ke pantai di sini. Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot, pulau yang berada di luar pantai tenggara Borneo, di Sabah, ini adalah permata sebenar Laut Selatan. Terkenal bukan sahaja kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai yang terbaik bebas kotoran untuk para penyelam. Lapangan terbang paling dekat dengan Mabul adalah Tawau, dengan penerbangan harian yang kerap dari Kuala Lumpur dan Singapura. Dari Tawau, anda boleh mengambil teksi atau van mini untuk ke Semporna, sebuah pelabuhan dengan masa pemanduan kira-kira 2 jam. Dari Semporna, anda mengambil kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana dengan bot laju. Info Lanjut 9. Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang, Mersing , Johor Sebenarnya, nama rasmi pantai ini adalah pantai Pasir Panjang, seperti yang tercatat di jeti, akan tetapi oleh kerana terlalu banyak pantai yang diberi nama Pantai Pasir Panjang di pulau seluruh Malaysia, iaitu di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman, jadi penggunaan nama Pantai Pasir Putih adalah bersesuaian dan pemandangan di sini adalah sama seperti namanya, pasirnya yang putih,lembut dan tidak tercemar. Terdapat beberapa kerusi pantai disediakan oleh Dayang Blues Resort di mana anda boleh bermain air laut di bawah cahaya matahari ataupun anda boleh mengajak rakan anda bermain bola tampar pantai yang disediakan oleh resort. Menurut maklumat dari Utusan, Pulau Dayang merupakan pulau paling hampir dengan Pulau Aur di Mersing. Pelancong boleh ke pulau ini dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5jam. Di sini juga terdapat fasiliti selam skuba yang cukup untuk meneroka perairan Mersing yang kaya dengan hidupan marin serta pelbagai jenis ikan. Info Lanjut 10. Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang , Terengganu Terdapat dua pantai Teluk Dalam iaitu di Pulau Pangkor dan juga Pulau Redang. Pilihan penulis adalah Pantai Teluk Dalam di Pulau Redang . Pantai Teluk Dalam tidak boleh diakses dari pantai Pasir Panjang. Anda boleh menyewa bot ataupun menggunakan laluan trek hutan yang menghubungkan kedua pantai (dianggarkan kira-kira satu jam jika berjalan kaki). Anda juga boleh menggunakan akses yang paling biasa iaitu dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu, di mana anda akan mengambil bot Berjaya Resort ke jeti kampung nelayan di Redang. Dari jeti, anda boleh menggunakan pengangkutan minivan sejauh kira-kira 3 km di jalan pedalaman ke pantai ini. Pantai ini adalah sangat sesuai untuk aktiviti renang, tetapi tidak begitu sesuai untuk aktiviti selam skuba kerana tidak banyak karang. Jika anda ada maklumat tambahan, hantarkan emel kepada kami submit@wanista.com |
<b>Memancing di Pahang</b> - Pancing Pahang Posted: 15 Oct 2014 07:37 PM PDT
The Advanture Of Royal Belum Rainforest I 22-24 Jun 2014 Seperti pucuk dicita ulam mendatang, menerima jemputan daripada Tourism Malaysia Perak untuk pergi ke Royal Belum sempena dengan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, memang terdetik di dalam hati sekiranya tak pergi amatlah rugi sebab hati ini memang udah teringin bebenor hendak kesana tambahan lagi FAM Trips yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Perak memang terbaik, layanan staff memang sangat baguih..baguih terutama Kak Hana, Abang Shahril kak Shiela serta yang lain-lain terutama Bigbos Tuan Haji Ibrahim yang sangat humble orang. Apabila membaca email jemputan yang mengatakan akan berkampung di royal belum untuk beberapa hari dan kami akan menginap di boathouse terus meronta-ronta adeneraline mesti joint trips kali ini, alhamdulilah akhirnya tercapai juga niat saya untuk menjejakkan lagi sekali ke Taman Negeri Royal Belum diberi gelaran 'permata hati negeri perak' sangat kaya dengan pelbagai biodiversiti flora dan faunanya. Sebenarnya saya tidak tahu hendak mulakan daripada mana cerita pengembaraan saya di Royal Belum sebab semuanya amat menarik untuk dikongsikan, kami berada di hutan royal belum selama 3H2M, segala urusan penginapan, aktiviti yang dijalankan diuruskan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak dan dibantu oleh Tourism Malaysia Perak dan NCIA (Northern Corridor Implementation Authority) Penerokaan kami menjelajah Royal Belum mengguna houseboot Arus belum - antara tour guide tempatan yang menawarkan pakej houseboot sebelum saya menaip dengan lebih panjang sebab terlalu banyak luahan hati yang hendak dicoretkan disini yang pasti entry Edisi Royal Belum Trips akan bersambung-sambung jadi mohon jangan muak dan tolan telan serta hadam semua yang saya kongsikan :P Di bawah saya senaraikan aktiviti yang kami lakukan sepanjang berada di Royal Belum.
Kami bergerak daripada Padang Rengas sejurusnya tamat Program Bike Ride @ Padang Rengas melalui Tasik Raban, Lenggong, Pekan Lawin, Gerik dan seterusnya meneruskan perjalanan selama 1 jam lebih ke Jeti Banding / jeti aman dimana boothouse menunggu kehadiran kami semua. Setelah didarab dicongak dan dibahagi, untuk edisi pertama Fam Trip: Advanture of Royal Belum, saya akan kongsikan kepada korang semua bagaimana cara untuk ke sana, Perkhidmatan yang disediakan dan pakerj-pakej yang ada, jadi untuk entry berikutnya barulah bermulanya perjalanan kita meneroka Royal Belum Rainforest
1- Memandu sendiri menggunakan kereta: Melalui Lebuh Raya Utara Selatan Plust melalui exit 143 kuala kangsar terus memandu sehingga ke Gerik lebih kurang 1 jam sehingga jumpa roundabout bulat jalan terus ke pengkalan hulu, sekiranya hendak ke jeti awam tasik banding sila ambil laluan kanan jalan untuk ke kelantan sehingga sampai ke pulau banding perjalanan dianggarkan dalam 1 jam, banyak sigboard disediakan sepanjang jalan boleh dijadikan jalan petunjuk arah. Sekiranya ingin membeli sebarang barang keperluan seperti makanan dan barang keperluan dicadangkan beli di Pekan Gerik dan pastikan isi minyak penuh di stesen minyak di situ kerana perjalanan seterusnya ke Royal Belum tidak akan jumpa mana-mana lagi pekan atau perhentian. 2- Menaiki kenderaan awam bas atau teksi: Menaiki bas akan turun di stesen bas gerik, boleh ambil teksi di belakang stesen bas gerik (hubungi 05-7911263) dikenakan tambang sebanyak RM60.00 sebiji kereta digalakkan anda berkongsi tambang.
1- Melalui Pihak Perbadanan Taman Negeri Perak (sangat dicadangkan) Perbadanan Taman Negeri Perak 11067, Jlan Suda Bahagia, Gerik, Perak Tel : 05-7914543/05-7917858 Email : fadhilahtamannegeri@gmail.com 2- Melalui Jabatan Perhilitan atau Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Perak, Gerik Telefon : 05-7911164, 7911963, 536261 faksimile : 05-7912933 dan 5363275. 3- Melalui pihak nature guide yang didaftar dengan Perbadanan Taman Negeri Perak Zulkarnain Manas : 019 - 408 3043 Azmi :012 - 578 9554 Samsudin :019 -526 0067 4- Melalui Pihak Belum Rainforest Resort Belum Rainforest Resort 33200 Pulau Banding, Gerik, Perak Phone: 05-791 6800 5- Melalui pengusaha boothouse, banyak pakej yang disediakan bergantung kepada bajet Arus Belum Houseboot (sangat dicadangkan) Arus Belum Snd. Bhd Royal Belum Gerik 33320 Perak Darul Ridzuan Tel: 05-7917909/ 019-5260067 ( Din @ Gopa) Tel: 019-3455233 ( Zain) 6: Melalui travel agensi Tuan Zuk Yusuf (sangat dicadangkan) Zuk Travel & Tours Sdn Bhd Tel: +6010-2254 668 E-Mail: zuktravel@yahoo.com.my Facebook Pages: Zuk Travel & Tours Diwajibkan untuk membuat permit, caranya boleh berurusan dengan Perbadanan taman negeri perak. Di sini saya kongsikan peraturan-peraturan yang anda perlu patuhi sepanjang berada di kawasan Royal Belum wajib ikut Semua pelawat-pelawat dan pengunjung serta sesiapa sahaja adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut semasa berada di dalam kawasan Taman Negeri Royal Belum. Tiada seorang pun boleh, kecuali seperti yang dinyatakan oleh Peraturan-peraturan ini, berada di Taman Negeri - 1) memasuki kawasan Taman Negeri tanpa permit yang telah disahkan oleh Perbadanan; 2) memasuki kawasan Taman Negeri berseorangan dan jika berkumpulan hendaklah ditemani/bersama sekurang-kurangnya seorang pemandu pelancong (berdaftar) atau seorang pegawai/ranjer/penguatkuasa Perbadanan; 3) membawa pelancong masuk ke Taman Negeri kecuali pemandu pelancong yang berdaftar dengan Perbadanan sahaja; 4) memasuki kawasan Taman Negeri dengan bot persendirian (tanpa lesen); 5) berada di atas bot di dalam kawasan Taman Negeri tanpa memakai jaket keselamatan; 6) menjalankan sebarang aktiviti penyelidikan di kawasan Taman Negeri tanpa mendapat kebenaran dari pihak Perbadanan dengan mengisi borang permohonan kebenaran bagi menjalankan penyelidikan, mengumpul dan membawa keluar spesimen; 7) membawa keluar apa-apa sahaja spesis flora dan fauna serta benda-benda lain yang terdapat di dalam kawasan Taman Negeri; 8) memburu, menjerat dan apa jua cara menangkap sebarang spesis hidupan liar di dalam kawasan Taman Negeri; 9) menebang dan memusnahkan pokok-pokok di dalam kawasan Taman Negeri; 10) membenarkan apa-apa haiwan ternakan memasuki atau merayau-rayau di kawasan Taman Negeri; 11) menangkap ikan menggunakan teknik bom, kejutan elektrik, panah, racun, jala, rawai, jaring, pukat, bubu dan apa-apa teknik kecuali memancing di sepanjang sungai dan tasik di kawasan Taman Negeri; 12) memancing dan apa jua cara untuk menangkap ikan di kawasan yang telah dizonkan larangan menangkap dan memancing ikan oleh Perbadanan dan Jabatan Perikanan Perak kecuali di zon yang dibenarkan sahaja; 13) membawa keluar sebarang spesis ikan terutama spesis kelah, temoleh, tengas dan sebarau kecuali spesis ikan seperti toman, baung, lampam sungai, sia, kaloi, loma, terbul dan temperas adalah dibenarkan pada kadar 3 ekor bagi setiap pemancing; 14) menduduki dan menggunakan kemudahan harta kekal dan harta mudah alih milik Perbadanan di dalam kawasan Taman Negeri tanpa kebenaran dan kelulusan dari Perbadanan; 15) merosakkan atau menyalahguna kemudahan harta kekal dan harta mudah alih milik Perbadanan di dalam kawasan Taman Negeri; 16) membina apa-apa bangunan di kawasan Taman Negeri tanpa kebenaran Perbadanan; 17) membuang sampah di merata-rata semasa berada di dalam kawasan Taman Negeri; dan 18) melanggar lain-lain peruntukan dalam peraturan ini yang akan dibuat oleh Perbadanan dari semasa ke semasa. Ini adalah entry mukadimah untuk Fam Trip: Advanture of Royal Belum, untuk entry yang berikutnya saya akan berkongsi mengenai Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014, dan tempat-tempat yang menarik lagi awesome di sekitar Royal Belum. Sebelum itu mari saya belanja "video advanture" yang kami tempuhi Sepanjang FAM Trips ini berlangsung, kredit sepenuhnya kepada Tuan Sham : www.shamphotography.com. Dengan lagu cuti-cuti Malaysia background, memang fefeling abih la layan.. rugi owh..kalau korang tak tengok sampai habis. Sila tengok sampai ke minit terakhir baru ada muka teman baling-baling air dekat camera :P Diharapkan entry kali ini amatlah dapat membantu korang yang teringin datang ke sini tapi masih was-was bagaimana nak berhubung atau datang ke sini, untuk memudahkan perjalanan korang amatlah dicadangkan korang berhubung terus dengan Perbadanan Taman Negeri Perak dimana banyak pakej menarik yang ditawarkan meliputi tempat penginapan, tour guide dan membawa anda ke tempat-tempat tarikan utama di Royal Belum, jadi ada apa-apa persoalan atau pertanyaan boleh terus berhubung sama ada melalui pangilan telefon atau email. Tourism Malaysia Perak No. 12, Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh, Perak Tel : +605-2552772/9962 Faks : +605-2532194 Like Facebook :Tourism Malaysia Perak Website : www.tourism.gov.my |
<b>Memancing di Pahang</b> - Pancing Pahang Posted: 10 Oct 2014 07:45 PM PDT

<b>Memancing di Pahang</b> | Pancing Pahang Posted: 08 Oct 2014 07:16 PM PDT (Pautan Dari Saudara Potocol Pancing.Net) SALAM SEMUA PARA PEMBACA DI LAMAN FORUM PNET INI Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya, artikel yg tak seberapa ini akan membantu tuan-tuan dalam merealisasikan impian tuan2 untuk memancing di laut dalam dari aspek persediaan. Persoalan dalam topik ini ialah ttg apakah persediaan yg diperlukan oleh pemancing yg ingin memancing di laut dalam dari aspek umpan, kekili, joran, tali, batu ladung, perambut mahupun teknik2 dan masa yg terbaik? Persoalan sebegini amat sering diketengahkan oleh para pemancing yg novice atau beginner. Umpan - macam-macam jenis umpan boleh digunakan. Tetapi ada kalanya umpan2 tersebut amat diklasifikasikan mengikut spesis ikan. Ada juga umpan yang universal bagi sekelompok spesis ikan. Jenis umpan yg terbaik ialah bekalan dari ikan segar atau hidup yang diperolehi atau dipancing (menggunakan teknik appolo) ketika dlm perjalanan ke destinasi/spot, atau membelinya di pasar atau di jeti dari nelayan yg baru pulang dari menangkap ikan di laut. Hendaklah diketahui, bahawa umpan-umpan ini merupakan satu module utama bagi menentukan kejayaan sesebuah misi pemancingan kerna atas kesegarannya akan menentukan keberkesanannya. Antara jenis umpan yg dianggap universal di laut dalam ialah ikan pelaling, ikan tongkol, ikan kembong, anak ikan alu-alu dan sotong pasar. Pastikan jumlah umpan2 ini mencukupi utk tempoh dan jumlah pemancing dlm sesuatu trip. Pengalaman saya dalam menyediakan umpan bagi sesuatu trip seperti berikut: jika 10 pemancing utk trip 3h2m, sekurang2nya sotong pasar perlu disediakan sejumlah 3 ke 4kilo seorang. Manakala umpan ikan 2kilo seorang.
Kekili - Secara lumrahnya, memancing laut dalam bukan saja pancingan dasar diutamakan malah beberapa teknik yg lain juga turut dipraktikan antaranya teknik hanyut, casting, jigging, popping dan tundaan atau kenali sebagai teknik troling. Oleh yg demikian, kesenua teknik2 tersebut, memerlukan kekili yg berbeza dlm spesifikanya. Seperti contoh, set untuk dasar/bottom, set multiplier bersiri 30 keatas seperti jenama Shimano model TLD30, TLD50 atau jenama Penn model Penn International TLD30 dan TLD50. Model2 ini berupaya menyimpan tali utama/mainline sepanjang 250 meter keatas dgn diameter 0.35mm ke atas. Namun begitu, anda tidak perlu menyimpan tali sehingga 300 meter kerna memadai dgn kepanjangan 250 meter disebabkan kedalaman perairan di Malaysia tidak sedalam itu. Jenama2 lain seperti Abu Garsia Big Game, Okuma, Tica, Daiwa juga boleh digunakan asalkan bersaiz seperti yg dinyatakan sebelum ini. Daiwa Sea_Line 50 multiplier pun tidak kurang hebatnya! Dewasa ini, ramai penggemar laut dalam memiliki kekili eletrik. Kekili ini sangat membantu. Anda boleh mencubanya bila sampai masa untuk anda berjinak2 dgn kekili ala robotic ini!
Joran/Rod - Untuk pancingan dasar dan pancing tundaan/trolling, adalah sesuai jika anda menyediakan rod dgn kepanjanagan 5.5 kaki hingga 6.5 kaki dengan performance 30/80lb (bottom), 50/80lb (trolling) yg mana rod2 ini menyamai kekuatan PE4 hingga ke PE8. Antara model2 yang mampu dibeli ialah seperli Daiwa big game, lemax, okuma dimana harganya boleh dikategorikan 'mampu dibeli' dan workable. Seandainya anda meminati teknik ber'jigging', gunalah rod yg mempunayi kekuatan performance dari PE3 hingga ke PE5 dgn kepanjangan rod sepanjang 5 ke 6 kaki adalah sangat sesuai untuk bermain dgn ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh di bawah had berat 15kg. Jikalau ikan GT yg bersaiz besar atau saiz XXL eloklah menggunakan rod yg berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang rod yang sama. Hakikatnya, teknik ber'jigging' dan ber'popping' boleh menggunakan perambut yg kasar baik siang ataupun malam tanpa ragu dan bimbang dari permasaalahan. Satu lagi perkara yang merujuk tentang teknik memancing ialah jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail 1/0 di depan dan 3/0 @ 4/0 di hujungnya. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh adalah karang tinggi.
Seandainya anda meminati teknik ber'popping', rod 6 kaki sangat sesuai untuk anda membuat lontaran jauh. Disamping itu, sediakan sebatang rod sebagai selingan yg berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing menggunakan teknik apollo (cari umpan ikan hidup atau sotong hidup). Popper juga memainkan peranan sebagai umpan utk teknik ber'popping'. Pastikan anda memiliki popper2 yang sesuai utk sesuatu spot. Guna dan praktiklah teknik 'ujikaji' bagi pelbagai jenis popper atau jig dlm sesuatu spot bagi mendapatkan keserasian antara mangsa dan umpan!
Mengenai penggunaan tali, perkara yang paling penting utk memilih tali saiz tali tersebut kerna saiz mempunyai hubung-kait dgn kapasiti atau had muatan di dlm kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya kekili tersebut. Amnya, mainline/tali utama utk pancingan dasar dan menunda/trolling adalah sekitar 80lb hingga 100lb utk mainline 'tangsi/mono'. Anda juga boleh menggunakan tali sulam/braided yg mempunyai performance 60lb ke 80lb utk pancinagn bottom dan tunda. Diameter utk tali sulam adalah lebih kecil dari tali tangsi tetapi memikul kekuatan yg lebih kuat dari tali mono yg berkekuatan lebih dari tali sulam. Manakala jenis kekili yg digunapakai utk aktiviti ber'jigging' dan ber'popping' pula, perlulah disuaikan dengan tali sulam 50lb hingga 80lb dan disambung dengan tali tangsi/mono yg ber'performance' antara 80lb hingga ke 100lb sepanjang 2.5 hingga 3 meter atau lebih kurang 2 depa lebih utk dijadikan 'rig' atau perambut dan berfungsi sebagai alat serap kejutan atau dikelnali sebagai 'shock leader'. Ada pelbagai jenis tali perambut/shock leader dijual dipasaran. Jenis-jenis perambut seperti perambut appolo, perambut hanyut (guna tanduk), perambut bercabang 2, perambut tenggiri, perambut karang, perambut ebek dan yg lain2. Pastikan juga setiap trip laut dalam anda memiliki set perambut yg dibawa ber'performance' 30lb hingga ke 100lb dan tidak kira apa jenama atau harganya sekalipun. Jarak dlm ukuran membina sesuatu perambut untuk pancingan dasar adalah 2 hingga ke 3 depa diikat pada 2 mata kail yg bersaiz 1/0 di depan dan 3/0 atau 4/0 di hujungnya. Kalau satu mata sahaja gunalah mata kail bersaiz 4/0 atau 5/0. Teknik perambut appolo 2 mata digunakan jika spot tersebut berlabuh dikawasan karang tinggi.....(tempat merah dan kerapu berpenghuni!!) Gunakanlah perambut yg berwarna cerah atau ada sedikit warna kebiruan serta kehijauan (yg sering dikirim oleh rakan2 jika memancing di Ko Adang Thailand). Pendek kata, perambut yg seakan-akan2 warna air. Ada juga yg menggunakan perambut yg berbagai warna iaitu merah, coklat, kuning dan biru dimana warna2 ini digabungkan dlm satu tali. Saya dan rakan2 pernah menggunakan perambut ini semasa memancing di Pelantar Minyak Dungun. Hasilnya, ilhamdulilah. Dan ada juga pemancing yg gemar menggunakan perambut yg keras dan sebaliknya. Tapi kedua-duanya boleh diguna-pakai asalkan perambut tersebut tahan terhadap kejutan, tak senang kerinting, tahan calar atau bersimpul. Jika ini berlaku semasa ikan sedang frenzy, maka putih matalah anda disaat itu! Ada juga perambut yg di namakan 'perambut hantu' dimana ianya memiliki tahap penglihatan yg amat rendah atau tiada langsung kelihatan di dalam air yg dikenali sebagai 'zero visibility'. 'Perambut hantu' ini mahal harganya. Ada juga menggunakan tali jenama seahawk atau eagle yg murah dijual dipasaran dan jgn sesekali memandang rendah tali perambut ini kerna walaupun ianya murah tetapi ternyata telah memberi kepuasan kpd sesetengah pemancing. Hanya anda yg akan menentukan yg mana satu yg anda ingin beli dan jangan lupa....periksa jumlah RM di dlm bag duit anda sebelum membelinya!! Satu lagi 'equipment' yg perlu diambil kira utk memancing di laut dalam- iaitu 'batu ladung'. Ada banyak aspek yg perlu diketahui dlm penggunaan batu ladung ini. Antaranya ialah hubungan dan kaitannya antara lokasi dan arus. Negara Malaysia mempunyai beberapa pantai. Antaranya Pantai Barat dan Pantai Timur. Kedua2 perairan pantai ini mempunyai struktur bumi yg berbeza. Pantai barat lebih sempit dari pantai timur. Kalau di Pantai Barat, had maksimum saiz batu ladung yg biasa digunakanialah bersaiz no:32 atau berat metrik 1.5kg. Manakala di Pantai Timur pula had maksimum saiz batu ladung ialah no:24 atau berat metrik 1kg. Berbezaan ini disebabkan perbezaan arus di Pantai Barat lebih laju/deras berbanding di Pantai Tmur kerna laluan yang sempit seperti yg saya nyatakan sebelum ini. Begitu juga halnya di Sabah dan Sarawak, dimana arus lautnya lebih kurang sama seperti Pantai Timur Semenanjung kerna ianya berada di kawasan yang sama – iaitu di Laut China Selatan. Kebiasaanya, memancing di laut hanya perlu membawa batu ladung mati yg bersaiz dari saiz 8 hingga ke no:24 atau no:32 jika memancing di Pantai Barat. Berapakah jumlah yg perlu dibawa? Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada masa memancing dan yang penting ialah sentiasa mempunyai batu ladung tambahan sebagai langkah keselamatan jika berlaku tali pancing sangkut atau putus akibat dari gigitan ikan, terkena karang yg tajam, tersimpul dgn tali rakan2 yg terpaksa diputuskan atau kehilangan yg tak diduga! Jika ditanya pada masa bilakah sesuai utk turun memancing di laut? Terus terang saya katakan bahawa ramai yg tidakboleh memberimaklumat yg tepat kerna ianya berhubung rapat dgn lokasi yang bakal anda pancingi. Lebih baik jikalau kita minta pandangan dan maklumbalas dari kaki2 pancing yg pernah berkunjung di kawasan tertentu atau dapatkan info dari tekong yang bakal kita gunaka perkhidmatanya. Kalau dari segi masa pula, ikan lebih aktif dan galak memakan umpan diwaktu malam dan pada setiap kali berlaku perubahan arus yakni setiap 3 ke 4 jam. Ketika ketiadaan arus, ikan biasanya bersifat pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah. Jadi, jgn marah dan gusar jika umpan anda tidak dijamah!! Utk jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut untuk satu-satu lokasi yang bakal anda kunjungi. Kadang2 kita akan berhadapan dgn lauatan yg tenang seperti di tasik. Kadang2 bergelora seketika dan 'oleng' kiri dan kanan. Maka bersedialah batu ladung yg sesuai di ketika ini!! Anda juga perlu tahu untuk menyediakan perambut appolo bagi memancing ikan-ikan selar, tamban, tongkol atau kembong. Atau dengan erti kata lain, kita biasa membelinya di kedai pancing dengan harga RM1.50 ke RM3.00 sebungkus. Ada pelbagai warna dan saiz. Namun begitu, kebanyakan nelayan pantai timur dan selatan, mereka menggunakan perambut appolo yang dibuat sendiri. Saya ingin berkongsi dgn anda semua tentang pembinaan perambut appolo ini... Bilakah waktu yg paling baik untuk kita memancing di laut dalam? - Kebiasaannya ialah waktu petang membawa ke senja sebelum tenggelamnya matahari - Tengah malam serta awal pagi sebelum terbit fajar. - Awal pagi atau subuh - Sesudah subuh dari jam 8am hingga 11am |
You are subscribed to email updates from memancing di pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 ulasan