Senarai 10 Pulau Paling Terkenal Dan Tercantik Di Malaysia ... - Memancing di Pahang
Senarai 10 Pulau Paling Terkenal Dan Tercantik <b>Di</b> Malaysia <b>...</b> - Memancing di Pahang |
Senarai 10 Pulau Paling Terkenal Dan Tercantik <b>Di</b> Malaysia <b>...</b> Posted: 17 Feb 2014 10:00 PM PST Malaysia merupakan negara yang mempunyai pulau dan pantai yang tercantik di dunia. Namun mungkin kurang pendedahan di media massa menyebabkan banyak tempat menarik di Malaysia kurang mendapat perhatian umum dan hanya beberapa tempat sahaja yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Kami ingin berkongsi dengan anda 10 lokasi pulau dengan pantai yang tercantik di Malaysia yang mungkin anda boleh lawati. Berikut Merupak Senarai 10 Pantai Tercantik di Malaysia 1. Pantai Juara, Pulau Tioman , Pahang Pantai Juara terletak di Pulau Tioman, Pahang. Bagi yang mencari ketenangan di pulau dan jauh dari orang ramai dengan pantai yang cantik, ini adalah tempatnya. Selain daripada bercuti, terdapat resort yang menyediakan kemudahan kayak, restoran, Wi-Fi , pakej percutian/snorkelling yang murah dan sebagainya. Pada 1970-an, Pulau Tioman Malaysia telah dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia oleh majalah Time dan telah dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN. 2. Pantai Perhentian Kecil,Pulau Perhentian, Terengganu Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk binatang, burung yang berhijrah dan sebagainya. Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau-pulau berhampiran, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan di sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam. Selain itu juga, ramai pengunjung 'backpacker' gemarkan destinasi ini kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dan makanan dengan harga yang berpatutan. 3. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah Terdapat beberapa gerai di tepi jalan menjual makanan popular di Langkawi dan terdapat beberapa buah resort seperti Tanjung Rhu Resort serta Four Seasons Resort bagi mereka yang ingin menginap di sini. Kebanyakkan pelancong di Langkawi berkunjung ke pantai Pantai Cenang, tetapi bagi yang inginkan ketenangan, Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat. 4. Pantai Pulau Lankayan, Sabah Pantai di pulau ini ini terkenal dengan pasirnya yang amat putih yang hampir sama dengan suasana di pulau Maldives. Pulau ini mempunyai perairan yang dilindungi dan diisytiharkan sebagai sebuah taman laut negara. Pantai di Pulau Langkayan juga mempunyai resort yang eksklusif, bermakna anda boleh berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Lankayan adalah sebuah pulau kecil, ditutup sepenuhnya dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan pokok sena tinggi. Pulau ini adalah bersih, tidak mempunyai pekerjaan yang dialami manusia untuk panjang, jadi pantai dan air laut yang bersih dan jernih adalah bebas daripada kotoran dan plastik. Info Lanjut 5. Pantai Pulau Mataking, Sipadan, Sabah Kedua-dua bahagian pulau iaitu Mataking Besar dan Mataking Kecil adalah dihubungkan secara semula jadi melalui jalan pasir yang sempit, di mana anda boleh berjalan ketika air surut. Pulau ini adalah seluas 40 ekar, tetapi walaupun saiz yang kecil, anda boleh membuat pelbagai aktiviti di sini. Untuk ke sini, anda perlu mengambil penerbangan ke Tawau melalui Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu. Anda boleh menggunakan pengangkutan kereta sewa/van dari bandar Tawau pada siang hari ke Semporna dan dari situ anda boleh menggunakan perkhidmatan bot laju ke Pulau Mataking ( perjalanan selama 1 jam ). Anda juga boleh menggunakan bot ke pulau melalui Pulau Sipadan atau Pulau Mabul. 6. Pantai Pulau Manukan , Sabah 7. Pantai Pulau Sapi, Sabah Air laut dan pantai Pulau Sapi adalah sangat jernih dan mungkin adalah salah satu pantai yang paling indah di Malaysia. Pada siang hari, pantai meriah dengan pelbagai aktiviti pantai. Pada waktu siang di Pulau Sapi, pelbagai aktiviti pantai diadakan seperti selam skuba dan kawasan pantainya sesuai untuk aktviti renang. Info Lanjut 8. Pantai Pulau Mabul, Sabah Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot, pulau yang berada di luar pantai tenggara Borneo, di Sabah, ini adalah permata sebenar Laut Selatan. Terkenal bukan sahaja kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai yang terbaik bebas kotoran untuk para penyelam. Lapangan terbang paling dekat dengan Mabul adalah Tawau, dengan penerbangan harian yang kerap dari Kuala Lumpur dan Singapura. Dari Tawau, anda boleh mengambil teksi atau van mini untuk ke Semporna, sebuah pelabuhan dengan masa pemanduan kira-kira 2 jam. Dari Semporna, anda mengambil kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana dengan bot laju. Info Lanjut 9. Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang, Mersing , Johor Menurut maklumat dari Utusan, Pulau Dayang merupakan pulau paling hampir dengan Pulau Aur di Mersing. Pelancong boleh ke pulau ini dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5jam. Di sini juga terdapat fasiliti selam skuba yang cukup untuk meneroka perairan Mersing yang kaya dengan hidupan marin serta pelbagai jenis ikan. Info Lanjut 10. Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang , Terengganu Pantai ini adalah sangat sesuai untuk aktiviti renang, tetapi tidak begitu sesuai untuk aktiviti selam skuba kerana tidak banyak karang. jep isbekrhttp://www.blogbahni.com |
You are subscribed to email updates from memancing di pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan