Memancing di Pahang | Pancing Pahang - Blogger - Memancing di Pahang

Blog Admin | Khamis, Oktober 23, 2014 | 0 ulasan

<b>Memancing di Pahang</b> | Pancing Pahang - Blogger - Memancing di Pahang


<b>Memancing di Pahang</b> | Pancing Pahang - Blogger

Posted: 25 Aug 2014 07:19 PM PDT

Teluk Nipah, P. Pangkor


Pada mulanya nak bawa family bercuti di Danok, Phuket, Krabi dan terus ke Bangkok, Thailand. Lepas tu terpaksa cancel last minute akibat beberapa siri letupan bom di sana. Risau jugak kang tengah sedap bershopping dan berjemur ala-ala Tom Cruise tiba-tiba dah rentung. Jadi untuk menyahut seruan kerajaan agar bercuti di dalam negara, maka trip Cuti Sekolah bulan Disember 2013 hari tu kitorang ke oversea je... errr, Pulau Pangkor! Seberang Laut jugak kan? Hihihihi...

Hotel untuk menginap aku dah booking awal-awal di Lumut (nanti akan dipreviewkan dan kisah perjalanannya bila sampai ke Lumut nanti), jadi catatan ni aku buat satu-satu la ye... bermula dengan Bagan Datuk, Lumut, Pulau Pangkor, Teluk Intan dan balik ke KL.

Selamat Memandu, Selamat Tiba. Insya Allah...


Highway LATAR

Untuk ke Lumut-Pulau Pangkor ni aku pilih jalan Kuala Selangor melalui Lebuhraya LATAR. Sengaja pilih jalan tu sebab nak singgah beli kerepek di Sabak Bernam dan menikmati pemandangan sawah padi yang hijau menguning di Sekinchan... trip ni aku dah setkan dari Kuala Selangor akan singgah di Bagan Datuk untuk beli sedikit keperluan ke Lumut nanti. Lagipun aku tak pernah sampai ke Bagan Datuk ni...

Layan gambar jap kat kedai jual kerepek ni...


Kerepek

Ada makna tu dia bergambar kat tepi air gas tu... dia dah mintak, aku buat dek je...

"Kalau air gas tak boleh, keropok udang boleh?"

"Tak boleh jugak... kolesterol banyak..."

"Kolesterol tu apa? Sedap tak?" 

Aku pun malas nak bersoal jawab lagi hihihiiii...

Keropok Udang Galah


Peace on earth!

Kedai kerepek lagi

Selepas beli beberapa jenis kerepek, kami teruskan perjalanan ke Bagan Datuk. Sawah padi di sekitar Tanjung Karang dan Sekinchan pun dah habih musim menuai rupanya, jadi takde la aku nak shoot gambar sawah padi 'yang hijau menguning' tu.



On the way ke Bagan Datuk, kiri kanan jalan banyak kebun kelapa... wahhh... sejuk mata memandang (nak cover hampa tak dapat shoot sawah padi).


Aku terus je memandu ikut sign board. Point kami nak singgah Bagan Datuk ialah nak cari ikan masin dan beli ketam segar kat sana.


"Alaa... tak sampai lagi ke...? Ikan masin kat KL kan banyak..." 

Anak aku dah mula start nak jadi peramah.

"Kat KL tak fresh... kat sini ikan masin dibuat dari ikan segar yang baru naik dari laut lalu digaramkan dan dijemur bawah kepekatan mentari (bawah terik matahari sebenarnya)."


Sebenarnya aku pun tak pernah sampai kat sini dan tak tahu pun kedai jual ikan masin tu kat mana...

Dah sampai

Last sekali sampai ke jeti, jeti Pendaratan ikan kot... View cantik. Bergambar dan ambil gambar dulu lah...

 

 

Kampung nelayan


Boleh memancing jugak kat sini rupanya. Abang ni dah dapat sembilang seekor

Udang galah pun banyak kat sini katanya. Nasib baik aku terlupa nak bawak batang pancing aku... kalau tak... kalau tak... tapi takpe le kan, cuti ni memang aku dah set nak tumpukan percutian ni bersama anak-anak dan isteri aku je. Kalau ikutkan gila pancing aku ni, dalam longkang pun aku boleh mancing asalkan ianya berair! (ayat cover hampa sebab terlupa bawak batang pancing)


Air sedang pasang...


Cuaca pun cantik time tu, awan berkepul-kepul...



Posing tengah panas


 Pejabat Jabatan Laut Bagan Datuk

Lepas tinjau-tinjau dan ambik gambar lebih kurang, kitorang terus ke pasar basah berhampiran jeti tadi. Sebenarnya dah agak lewat sebab banyak hidupan hasil laut yang baru naik tadi dah hampir habis, orang pun dah takde kat pasar basah ni... Orang rumah borong la sedikit ketam merah buat bekalan di Lumut nanti. Ketam? Syiok tak?


Haa, ada pun ikan duri masin... murah jugak. Masih segar, kurang diperam dengan garam dan tahan disimpan lama dalam peti ais. Uncle ni la cakap.


Ikan Duri Masin, selain Ikan Talang ianya lazat jugak kalau buat gulai lemak campur nenas

Dah dapat ketam, ikan duri masin, daun sup dan daun bawang maka kami pun menuju ke Lumut untuk check in... jam dah pukul 1.30 petang...


"Eh, tu Menara Condong Teluk Intan?" Orang rumah bersuara


"Ya laa... kat Bagan Datuk pun ada... tak payah pegi Teluk Intan..."

Hahahahaaa... kreatif sungguh la orang Bagan Datuk ni....

 On the way ke Lumut


"Ayah, bila nak sampai niiii..." 

Ayoyo... dia dah start bertanya...


Bersambung... ke Lumut!

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan