Memancing di Pahang - Pancing Pahang - Memancing di Pahang
<b>Memancing di Pahang</b> - Pancing Pahang - Memancing di Pahang |
<b>Memancing di Pahang</b> - Pancing Pahang Posted: 17 Oct 2014 07:13 PM PDT Malaysia merupakan negara yang mempunyai pulau dan pantai yang tercantik di dunia. Namun mungkin kurang pendedahan di media massa menyebabkan banyak tempat menarik di Malaysia kurang mendapat perhatian umum dan hanya beberapa tempat sahaja yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Kami ingin berkongsi dengan anda 10 lokasi pulau dengan pantai yang tercantik di Malaysia yang mungkin anda boleh lawati. *Ini merupakan pendapat peribadi penulis. 10 Pantai Tercantik di Malaysia 1. Pantai Juara, Pulau Tioman , Pahang Pantai Juara terletak di Pulau Tioman, Pahang. Bagi yang mencari ketenangan di pulau dan jauh dari orang ramai dengan pantai yang cantik, ini adalah tempatnya. Selain daripada bercuti, terdapat resort yang menyediakan kemudahan kayak, restoran, Wi-Fi , pakej percutian/snorkelling yang murah dan sebagainya. Pada 1970-an, Pulau Tioman Malaysia telah dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia oleh majalah Time dan telah dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN. Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang menarik dan bergantung kepada bajet anda seperti Berjaya Tioman Resort, Selesa Tioman, Tunamaya Beach & Spa Resort dan Paya Beach Resort. 2. Pantai Perhentian Kecil,Pulau Perhentian, Terengganu Tersenarai sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia oleh CNN, pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang ke sini. Pulau Perhentian Kecil mempunyai 'Long Beach' di mana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian dan pantai di Perhentian Kecil merupakan di antara pantai tercantik di Malaysia. Kebanyakkan pengunjung masih tidak mengenali pantai ini dan bot tidak dibenarkan memasuki pantai ini kerana terdapat banyak terumbu karang dengan air yang cetek. Di sini terdapat pemandangan indah ketika matahari terbenam. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk binatang, burung yang berhijrah dan sebagainya. Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau-pulau berhampiran, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan di sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam. Selain itu juga, ramai pengunjung 'backpacker' gemarkan destinasi ini kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dan makanan dengan harga yang berpatutan. 3. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah Terletak di luar Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu mempunyai salah satu persisiran pantai terbaik Langkawi. Air di kawasan pantai jelas seperti kristal, pasirnya pula halus menjadikan pantai ini tersenarai sebagai salah satu pantai tercantik di dunia. Terdapat beberapa gerai di tepi jalan menjual makanan popular di Langkawi dan terdapat beberapa buah resort seperti Tanjung Rhu Resort serta Four Seasons Resort bagi mereka yang ingin menginap di sini. Kebanyakkan pelancong di Langkawi berkunjung ke pantai Pantai Cenang, tetapi bagi yang inginkan ketenangan, Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat. 4. Pantai Pulau Lankayan, Sabah Pulau Lankayan adalah sebuah pulau batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan. Pantai di pulau ini ini terkenal dengan pasirnya yang amat putih yang hampir sama dengan suasana di pulau Maldives. Pulau ini mempunyai perairan yang dilindungi dan diisytiharkan sebagai sebuah taman laut negara. Pantai di Pulau Langkayan juga mempunyai resort yang eksklusif, bermakna anda boleh berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Lankayan adalah sebuah pulau kecil, ditutup sepenuhnya dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan pokok sena tinggi. Pulau ini adalah bersih, tidak mempunyai pekerjaan yang dialami manusia untuk panjang, jadi pantai dan air laut yang bersih dan jernih adalah bebas daripada kotoran dan plastik. Info Lanjut 5. Pantai Pulau Mataking, Sipadan, Sabah Pulau Mataking termasuk di dalam kawasan Borneo Nusantara Malaysia dan ia terkenal kerana menjadi sebahagian daripada "syurga penyelam" sama juga seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Tidak seperti destinasi pelancongan yang berada di bawah pentadbiran langsung Daerah Sabah, kawasan ini adalah kawasan persendirian. Kedua-dua bahagian pulau iaitu Mataking Besar dan Mataking Kecil adalah dihubungkan secara semula jadi melalui jalan pasir yang sempit, di mana anda boleh berjalan ketika air surut. Pulau ini adalah seluas 40 ekar, tetapi walaupun saiz yang kecil, anda boleh membuat pelbagai aktiviti di sini. Untuk ke sini, anda perlu mengambil penerbangan ke Tawau melalui Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu. Anda boleh menggunakan pengangkutan kereta sewa/van dari bandar Tawau pada siang hari ke Semporna dan dari situ anda boleh menggunakan perkhidmatan bot laju ke Pulau Mataking ( perjalanan selama 1 jam ). Anda juga boleh menggunakan bot ke pulau melalui Pulau Sipadan atau Pulau Mabul. 6. Pantai Pulau Manukan , Sabah Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot yang mengambil masa 10 minit perjalanan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah parasailing, selam skuba, mendaki gunung dan mengambil gambar permandangan bagi peminat fotografi. Bagi yang ingin menginap di sini, anda boleh berkunjung ke Manukan Island Resort. 7. Pantai Pulau Sapi, Sabah Pulau Sapi terletak di luar pantai pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan tarikan utama di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Dari Hyatt Regency Kinabalu, anda perlu menaiki teksi ataupun 10 minit berjalan kaki untuk ke jeti di terminal feri Jesselton Point, Kota Kinabalu. Air laut dan pantai Pulau Sapi adalah sangat jernih dan mungkin adalah salah satu pantai yang paling indah di Malaysia. Pada siang hari, pantai meriah dengan pelbagai aktiviti pantai. Pada waktu siang di Pulau Sapi, pelbagai aktiviti pantai diadakan seperti selam skuba dan kawasan pantainya sesuai untuk aktviti renang. Info Lanjut 8. Pantai Pulau Mabul, Sabah Pantai ini mungkin salah satu pantai yang terbaik yang pernah anda lihat. Imej indah pulau di lautan Pasifik Selatan akan segera berada di fikiran anda sebaik sahaja anda melangkah kaki ke pantai di sini. Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot, pulau yang berada di luar pantai tenggara Borneo, di Sabah, ini adalah permata sebenar Laut Selatan. Terkenal bukan sahaja kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai yang terbaik bebas kotoran untuk para penyelam. Lapangan terbang paling dekat dengan Mabul adalah Tawau, dengan penerbangan harian yang kerap dari Kuala Lumpur dan Singapura. Dari Tawau, anda boleh mengambil teksi atau van mini untuk ke Semporna, sebuah pelabuhan dengan masa pemanduan kira-kira 2 jam. Dari Semporna, anda mengambil kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana dengan bot laju. Info Lanjut 9. Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang, Mersing , Johor Sebenarnya, nama rasmi pantai ini adalah pantai Pasir Panjang, seperti yang tercatat di jeti, akan tetapi oleh kerana terlalu banyak pantai yang diberi nama Pantai Pasir Panjang di pulau seluruh Malaysia, iaitu di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman, jadi penggunaan nama Pantai Pasir Putih adalah bersesuaian dan pemandangan di sini adalah sama seperti namanya, pasirnya yang putih,lembut dan tidak tercemar. Terdapat beberapa kerusi pantai disediakan oleh Dayang Blues Resort di mana anda boleh bermain air laut di bawah cahaya matahari ataupun anda boleh mengajak rakan anda bermain bola tampar pantai yang disediakan oleh resort. Menurut maklumat dari Utusan, Pulau Dayang merupakan pulau paling hampir dengan Pulau Aur di Mersing. Pelancong boleh ke pulau ini dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5jam. Di sini juga terdapat fasiliti selam skuba yang cukup untuk meneroka perairan Mersing yang kaya dengan hidupan marin serta pelbagai jenis ikan. Info Lanjut 10. Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang , Terengganu Terdapat dua pantai Teluk Dalam iaitu di Pulau Pangkor dan juga Pulau Redang. Pilihan penulis adalah Pantai Teluk Dalam di Pulau Redang . Pantai Teluk Dalam tidak boleh diakses dari pantai Pasir Panjang. Anda boleh menyewa bot ataupun menggunakan laluan trek hutan yang menghubungkan kedua pantai (dianggarkan kira-kira satu jam jika berjalan kaki). Anda juga boleh menggunakan akses yang paling biasa iaitu dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu, di mana anda akan mengambil bot Berjaya Resort ke jeti kampung nelayan di Redang. Dari jeti, anda boleh menggunakan pengangkutan minivan sejauh kira-kira 3 km di jalan pedalaman ke pantai ini. Pantai ini adalah sangat sesuai untuk aktiviti renang, tetapi tidak begitu sesuai untuk aktiviti selam skuba kerana tidak banyak karang. Jika anda ada maklumat tambahan, hantarkan emel kepada kami submit@wanista.com |
<b>Memancing di Pahang</b> | Pancing Pahang Posted: 28 Aug 2014 07:41 PM PDT Ko Lipeh Sangat Indah MEMANCING DI THAILAND – PERJALANAN DAN KEPERLUAN. BUKAN semua kita mempunyai kesempatan untuk mengikuti trip memancing di Lautan Andaman Thailand. Sehubungan dengan itu bagi mereka yang pernah membaca atau mendengar cerita pasti timbul pertanyaan bagaimana hendak kesana dan apa keperluan yang dikehendaki dan perlu disediakan. Saya akan cuba memberikan informasi berdasarkan pengalaman saya memancing di Thailand sejak tahun 1999. Lokasi memancing yang biasa ditujui oleh pemancing dari Malaysia terletak diperairan Andaman sebelah Pantai Barat ( Sebelah Langkawi ). Beberapa lokasi boleh dijadikan pilihan seperti Ko Rok ( menghala ke Phuket ), Ko Adang, Nok Kiau, Ko Lipeh, Ko Samilan dan beberapa lokasi lagi. Tekong bot lebih arif lokasi mana nak dituju untuk memancing. Biasanya tekong akan melihat dan meneliti keadaan cuaca sebelum memutuskan lokasi yang hendak dituju untuk memancing. Bagaimana pun kita boleh menberikan cadangan dan berbincang dengan tekong bagi lokasi yang hendak dituju. Trip yang biasa diadakan adalah bagi 5 hari 4 malam, 4 hari 3 malam dan 3 hari 2 malam. Bilangan pemancing bagi satu bot adalah diantara 6 hingga 8 orang sahaja. Paling selesa termasuk penganjur ialah seramai 6 orang. Perjalanan Perjalanan akan bermula melalui Wang Klian, Perlis dan Wang Prachan, Thailand atau Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Danok, Thailand. Perjalanan melalui Wang Klian akan menjimatkan masa hampir 2 jam jika dibandingkan dengan perjalanan yang melalui Bukit Kayu Hitam. Urusan Imigresen, Kastam dan Polis Malaysia serta Imigresen dan Kastam Thailand perlu diuruskan di kedua-dua tempat ini. Bagi mereka yang merokok bolehlah membeli bekalan rokok bebas cukai di kompleks bebas cukai yang terdapat dikedua-dua tempat. Dari kedua-dua distinasi tersebut kita akan sampai ke Pekan Cina atau Chalung dan untuk ke Jeti Pak Bara kita perlu belok ke kanan dan meneruskan perjalanan hingga sampai ke Pekan Langu. Saudara-saudara bolehlah makan tengahari di Pekan Chalung atau boleh juga di Pak Bara. Di Pekan Langu kebiasaanya pemancing akan berhenti untuk membeli buah-buahan, umpan ikan ( tambahan ) dan apa-apa keperluan lain yang diperlukan. Perjalanan selepas itu diteruskan hingga ke Jeti Pak Bara yang terletak kira-kira 15 - 20 minit perjalanan dari Pekan Langu. Apabila tiba di Pak Bara bolehlah kita makan, minum dan mengerjakan solat di Masjid sebelum bergerak ke Jeti untuk menaiki bot. Makanan Dan Minuman Di Laut Keperluan makanan dan minuman sangat perlu diambil berat bagi setiap trip memancing. Sediakan bekalan yang lebih sedikit dari keperluan sebenar yang diperlukan. Siapa tahu qada dan qadar Allah Taala. Biasanya saya membeli makanan keperluan di Malaysia dan juga di Thailand. Makanan kering dan kudapan dibeli di Malaysia manakala di jeti Pak Bara pembelian lebih kepada barangan dapur serta air mandi (botol besar) dan air minuman. Penyediaan makanan dan minuman diatas bot akan disediakan oleh pembantu tekong. Saudara-saudara hanya perlu memancing, makan, minum dan mandi sahaja. Tak tidoq pun tak apa…… nama pun pemancing otai. Keperluan Rasmi ( Dokumentasi ) Pemancing-pemancing yang alamat pada Kad Pengenalan adalah Negeri Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan boleh menggunakan Pas Sempadan dan bagi Negeri lain perlu menggunakan Paspot Antarabangsa atau Paspot Berkumpulan. Pas Sempadan boleh dibuat di Pejabat Imigresen negeri-negeri terbabit atau di sempadan. Harganya hanyalah RM 10.00. Pasport berkumpulan boleh dibuat dimana-mana Pejabat Imigresen dengan kadar bayaran RM 200.00 dan boleh memuatkan 20 nama. Sebaiknya semua pemancing menyediakan salinan photostat Pas Sempadan Pas Berkumpulan dan juga Passport untuk disimpan oleh Ketua Kumpulan. Adakalanya Tentera Laut dan juga Polis Marin Thailand membuat rondaan dan memeriksa dokumen tersebut. Berikan mereka salinan Photostat tersebut dan segalanya dapat dipermudahkan. Bagi yang membawa kenderaan sendiri pastikan Kad Pendaftaran Kenderaan dibawa bersama. Sekiranya kenderaan yang dibawa adalah hakmilik orang lain maka surat kebenaran dari pemilik asal perlu disediakan dan disahkan oleh Polis atau JPJ atau Majistret. Insuran Thailand boleh dibeli di Pekan Changlon dengan harga antara RM 14.00 hingga RM 17.00 bagi 9 hari bergantung kepada jenis kenderaan. Pertukaran RM Malaysia ke Bhat Thailand juga boleh dilakukan di Pekan Changlon. Borang pengistiharan barangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Malaysia perlu diisikan dan diserahkan untuk di sahkan oleh mereka. Satu salianan disimpan oleh kita. Apabila memasuki Thailand kenderaan yang dibawa mestilah diperolehi permit yang dikeluarkan oleh Kastam Thailand dengan bayaran TB 100.00 atau RM 10.00. Satu salinan permit kita simpan dan mesti diserahkan kembali sewaktu keluar dari Thailand. Pihak Imigresen Thailand mengenakan bayaran TB 10.00 atau RM 1.00 bagi satu Pas Perjalanan yang dicop atau direkodkan oleh mereka. Peralatan Memancing Saya rasa saudara-saudara hendak ke medan pertempuran maka bawalah segala apa senjata sesuai yang ada. Itulah nasihat saya kepada pemancing yang mengikuti saya memancing disana. Ingatlah, jangan sepahkan peralatan anda diatas bot sebaliknya kemaskan dan simpan peralatan yang tidak digunakan disatu sudut atau tempat yang tidak akan menggangu keselesaan pemancing lain. Peralatan joran dan kekili yang tidak perlu atau tidak akan digunakan tidak perlulah dikeluarkan atau dipasang. Pastikan keperluan sebenar sahaja. Kalau rasa nak tunjuk gah tapi tak guna baik tak payah bawa. Acara Memancing Malam pertama akan digunakan untuk mencari umpan sotong di Ko Tarutao dan apabila umpan sudah mencukupi maka bot akan bertolak terus ke lokasi memancing yang telah dikenal pasti. Teruskanlah memancing sehingga ke hari terakhir untuk balik. Teknik memancing yang boleh dipraktikan adalah Trolling, Bottom Fishing, Popping, Jigging, Casting, Apollo dan Drifting. Sekiranya anda ada cara lain lalukanlah tapi jangan sampai mengganggu kawan-kawan yang lain. Pada hari terakhir perjalanan balik dari laut ke jeti mengambil masa lebih kurang 7 - 8 jam dan bot akan mula bertolak balik jam 8.00 pagi sambil berhenti memancing dibeberapa lubuk yang terdapat dalam perjalanan hinggalah sampai di jeti antara jam 3.30 – 4.30 petang. Pemunggahan barang-barang dari bot dan kedalam kenderaan memerlukan masa antara 30 - 45 minit.. Pastikan ikan siap dipunggah dari tong sejuk bot dan disusun dalam tong ikan kita semasa diatas bot lagi iaitu 30 - 45 minit sebelum bot tiba di jeti. Ini dapat menjimatkan masa kita untuk balik dan mengelakan pembuangan masa di jeti Kita bolehlah makan/minum dahulu dan seterusnya mandi manda diresorts dengan kadar bayaran RM 10.00 bilik (sesuai 4 orang sebilik) bagi menyegarkan badan. Selepas itu perjalanan keluar diteruskan dan dijangka tiba di Pusat pemeriksaan Kastam & Imigresen Wang Prachan dan Wang Klian jam 6.30 petang. Sekiranya saudara-saudara terasa letih, sengal-sengal serta sakit-sakit badan setelah 5 atau 4 hari/malam dilautan maka saudara-saudara boleh bermalam selama satu malam di resorts yang terdapat di Pekan Pak Bara. Kadar harga resorts yang cantik antara TB 350 hingga TB 500 atau RM 35.00 hingga RM 50.00 dan boleh dikongsi 2 orang sebilik. Masakan makanan kedai makan ditepian Pantai di Pak Bara sangat sedap dan saudara-saudara bolehlah menjamu selera sepuasnya bersama kawan-kawan. Sebaiknya ikan yang dipancing boleh dibawa dan mintalah kedai makan memasaknya. Masakan sweet sour, steam atau tiga rasa atau pilihlah apa-apa jenis masakan yang disukai. Perjalanan balik bolehlah dimulakan keesokan harinya. Keselamatan Para pemancing dinasihatkan membawa jaket keselamatan sendiri kerana ada bot yang tidak menyediakanya. Kalau ada pun mungkin jaket keselamatan cap ayam sahaja. Ketua kumpulan akan memaklumkan masa-masa pemancing perlu memakai jaket keselamatan dan yang sebaiknya sentiasa dipakai. Arahan beliau wajib dipatuhi tanpa sebarang kompromi. Bot memancing Thailand dilengkapi dengan Walkie Talkie 24 jam, GPS, dan Sonar. Kebiasaanya Tentera Laut dan Polis Marin Thailand akan membuat rondaan keselamatan pada musim-musim memancing. Akhir Kata Mungkin perjalanan sebenar tidak dapat diceritakan 100% dengan tulisan. Cadangan saya kepada yang belum berpeluang cuba-cubalah mengintai peluang untuk memancing di sana. Apa yang saya coretkan diharap dapat di jadikan pendoman dan panduan. Sekiranya terdapat yang terkurang atau tersilap kemaafan juga yang saya pohon dari saudara-saudara. Terima kasih. ALIASGAR MOHAMAD HANIFF, aleey61@yahoo.com |
You are subscribed to email updates from memancing di pahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 ulasan