Memancing di Pahang - Pancing Pahang - Memancing di Pahang

Blog Admin | Jumaat, September 25, 2015 | 0 ulasan

<b>Memancing di Pahang</b> - Pancing Pahang - Memancing di Pahang


<b>Memancing di Pahang</b> - Pancing Pahang

Posted: 18 Sep 2015 08:01 PM PDT

(Pautan Dari Saudara Potocol Pancing.Net)

SALAM SEMUA PARA PEMBACA DI LAMAN FORUM PNET INI

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya, artikel yg tak seberapa ini akan membantu tuan-tuan dalam merealisasikan impian tuan2 untuk memancing di laut dalam dari aspek persediaan.

Persoalan dalam topik ini ialah ttg apakah persediaan yg diperlukan oleh pemancing yg ingin memancing di laut dalam dari aspek umpan, kekili, joran, tali, batu ladung, perambut mahupun teknik2 dan masa yg terbaik? Persoalan sebegini amat sering diketengahkan oleh para pemancing yg novice atau beginner.


Umpan - macam-macam jenis umpan boleh digunakan. Tetapi ada kalanya umpan2 tersebut amat diklasifikasikan mengikut spesis ikan. Ada juga umpan yang universal bagi sekelompok spesis ikan. Jenis umpan yg terbaik ialah bekalan dari ikan segar atau hidup yang diperolehi atau dipancing (menggunakan teknik appolo) ketika dlm perjalanan ke destinasi/spot, atau membelinya di pasar atau di jeti dari nelayan yg baru pulang dari menangkap ikan di laut. Hendaklah diketahui, bahawa umpan-umpan ini merupakan satu module utama bagi menentukan kejayaan sesebuah misi pemancingan kerna atas kesegarannya akan menentukan keberkesanannya. Antara jenis umpan yg dianggap universal di laut dalam ialah ikan pelaling,  ikan tongkol, ikan kembong, anak ikan alu-alu dan sotong pasar. Pastikan jumlah umpan2 ini mencukupi utk tempoh dan jumlah pemancing dlm sesuatu trip. Pengalaman saya dalam menyediakan umpan bagi sesuatu trip seperti berikut: jika 10 pemancing utk trip 3h2m, sekurang2nya sotong pasar perlu disediakan sejumlah 3 ke 4kilo seorang. Manakala umpan ikan 2kilo seorang.


Tekong sedang memilih umpan - alu-alu


Kekili - Secara lumrahnya, memancing laut dalam bukan saja pancingan dasar diutamakan malah beberapa teknik yg lain juga turut dipraktikan antaranya teknik hanyut, casting, jigging, popping dan tundaan atau kenali sebagai teknik troling. Oleh yg demikian, kesenua teknik2 tersebut, memerlukan kekili yg berbeza dlm spesifikanya. Seperti contoh, set untuk dasar/bottom, set multiplier bersiri 30 keatas seperti jenama Shimano model TLD30, TLD50 atau jenama Penn model Penn International TLD30 dan TLD50. Model2 ini berupaya menyimpan tali utama/mainline sepanjang 250 meter keatas dgn diameter 0.35mm ke atas. Namun begitu, anda tidak perlu menyimpan tali sehingga 300 meter kerna memadai dgn kepanjangan 250 meter disebabkan kedalaman perairan di Malaysia tidak sedalam itu. Jenama2 lain seperti Abu Garsia Big Game, Okuma, Tica, Daiwa juga boleh digunakan asalkan bersaiz seperti yg dinyatakan sebelum ini. Daiwa Sea_Line 50 multiplier pun tidak kurang hebatnya! Dewasa ini, ramai penggemar laut dalam memiliki kekili eletrik. Kekili ini sangat membantu. Anda boleh mencubanya bila sampai masa untuk anda berjinak2 dgn kekili ala robotic ini! Grin


Kekili eletrik


Anda perlu menyediakan bateri utk menghidupkan kekili eletrik anda!!



Kekili manual


Joran/Rod - Untuk pancingan dasar dan pancing tundaan/trolling, adalah sesuai jika anda menyediakan rod dgn kepanjanagan 5.5 kaki hingga 6.5 kaki dengan performance 30/80lb (bottom), 50/80lb (trolling) yg mana rod2 ini menyamai kekuatan PE4 hingga ke PE8. Antara model2 yang mampu dibeli ialah seperli Daiwa big game, lemax, okuma dimana harganya boleh dikategorikan 'mampu dibeli' dan workable.

Seandainya anda meminati teknik ber'jigging', gunalah rod yg mempunayi kekuatan performance dari PE3 hingga ke PE5 dgn kepanjangan rod sepanjang 5 ke 6 kaki adalah sangat sesuai untuk bermain dgn ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh di bawah had berat 15kg. Jikalau ikan GT yg bersaiz besar atau saiz XXL eloklah menggunakan rod yg berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang rod yang sama. Hakikatnya, teknik ber'jigging' dan ber'popping' boleh menggunakan perambut yg kasar baik siang ataupun malam tanpa ragu dan bimbang dari permasaalahan. Satu lagi perkara yang merujuk tentang teknik memancing ialah jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail 1/0 di depan dan 3/0 @ 4/0 di hujungnya. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh adalah karang tinggi.


Set jigging



Set2 yang digunakan untuk memancing tenggiri menggunakan teknik 'berhanyut' dan gambar terakhir menggunakan teknik ber'jigging'.


Seandainya anda meminati teknik ber'popping', rod 6 kaki sangat sesuai untuk anda membuat lontaran jauh. Disamping itu, sediakan sebatang rod sebagai selingan yg berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing menggunakan teknik apollo (cari umpan ikan hidup atau sotong hidup). Popper juga memainkan peranan sebagai umpan utk teknik ber'popping'. Pastikan anda memiliki popper2 yang sesuai utk sesuatu spot. Guna dan praktiklah teknik 'ujikaji' bagi pelbagai jenis popper atau jig dlm sesuatu spot bagi mendapatkan keserasian antara mangsa dan umpan! Grin


Kelengkapan untuk ber'jingging' dan ber'popping'.


Mengenai penggunaan tali, perkara yang paling penting utk memilih tali saiz tali tersebut kerna saiz mempunyai hubung-kait dgn kapasiti atau had muatan di dlm kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya kekili tersebut. Amnya, mainline/tali utama utk pancingan dasar dan menunda/trolling adalah sekitar 80lb hingga 100lb utk mainline 'tangsi/mono'. Anda juga boleh menggunakan tali sulam/braided yg mempunyai performance 60lb ke 80lb utk pancinagn bottom dan tunda. Diameter utk tali sulam adalah lebih kecil dari tali tangsi tetapi memikul kekuatan yg lebih kuat dari tali mono yg berkekuatan lebih dari tali sulam. Manakala jenis kekili yg digunapakai utk aktiviti ber'jigging' dan ber'popping' pula, perlulah disuaikan dengan tali sulam 50lb hingga 80lb dan disambung dengan tali tangsi/mono yg ber'performance' antara 80lb hingga ke 100lb sepanjang 2.5 hingga 3 meter atau lebih kurang 2 depa lebih utk dijadikan 'rig' atau perambut dan berfungsi sebagai alat serap kejutan atau dikelnali sebagai 'shock leader'. Ada pelbagai jenis tali perambut/shock leader dijual dipasaran. Jenis-jenis perambut seperti perambut appolo, perambut hanyut (guna tanduk), perambut bercabang 2, perambut tenggiri, perambut karang, perambut ebek dan yg lain2.

Pastikan juga setiap trip laut dalam anda memiliki set perambut yg dibawa ber'performance' 30lb hingga ke 100lb dan tidak kira apa jenama atau harganya sekalipun. Jarak dlm ukuran membina sesuatu perambut untuk pancingan dasar adalah 2 hingga ke 3 depa diikat pada 2 mata kail yg bersaiz 1/0 di depan dan 3/0 atau 4/0 di hujungnya. Kalau satu mata sahaja gunalah mata kail bersaiz 4/0 atau 5/0. Teknik perambut appolo 2 mata digunakan jika spot tersebut berlabuh dikawasan karang tinggi.....(tempat merah dan kerapu berpenghuni!!)

Gunakanlah perambut yg berwarna cerah atau ada sedikit warna kebiruan serta kehijauan (yg sering dikirim oleh rakan2 jika memancing di Ko Adang Thailand). Pendek kata, perambut yg seakan-akan2 warna air. Ada juga yg menggunakan perambut yg berbagai warna iaitu merah, coklat, kuning dan biru dimana warna2 ini digabungkan dlm satu tali. Saya dan rakan2 pernah menggunakan perambut ini semasa memancing di Pelantar Minyak Dungun. Hasilnya, ilhamdulilah. Dan ada juga pemancing yg gemar menggunakan perambut yg keras dan sebaliknya. Tapi kedua-duanya boleh diguna-pakai asalkan perambut tersebut tahan terhadap kejutan, tak senang kerinting, tahan calar atau bersimpul. Jika ini berlaku semasa ikan sedang frenzy, maka putih matalah anda disaat itu! Ada juga perambut yg di namakan 'perambut hantu' dimana ianya memiliki tahap penglihatan yg amat rendah atau tiada langsung kelihatan di dalam air yg dikenali sebagai 'zero visibility'. 'Perambut hantu' ini mahal harganya. Ada juga menggunakan tali jenama seahawk atau eagle yg murah dijual dipasaran dan jgn sesekali memandang rendah tali perambut ini kerna walaupun ianya murah tetapi ternyata telah memberi kepuasan kpd sesetengah pemancing. Hanya anda yg akan menentukan yg mana satu yg anda ingin beli dan jangan lupa....periksa jumlah RM di dlm bag duit anda sebelum membelinya!!

Satu lagi 'equipment' yg perlu diambil kira utk memancing di laut dalam- iaitu 'batu ladung'. Ada banyak aspek yg perlu diketahui dlm penggunaan batu ladung ini. Antaranya ialah hubungan dan kaitannya antara lokasi dan arus. Negara Malaysia mempunyai beberapa pantai. Antaranya Pantai Barat dan Pantai Timur. Kedua2 perairan pantai ini mempunyai struktur bumi yg berbeza. Pantai barat lebih sempit dari pantai timur. Kalau di Pantai Barat, had maksimum saiz batu ladung yg biasa digunakanialah bersaiz no:32 atau berat metrik 1.5kg. Manakala di Pantai Timur pula had maksimum saiz batu ladung ialah no:24 atau berat metrik 1kg. Berbezaan ini disebabkan perbezaan arus di Pantai Barat lebih laju/deras berbanding di Pantai Tmur kerna laluan yang sempit seperti yg saya nyatakan sebelum ini. Begitu juga halnya di Sabah dan Sarawak, dimana arus lautnya lebih kurang sama seperti Pantai Timur Semenanjung kerna ianya berada di kawasan yang sama – iaitu di Laut China Selatan.


Kebiasaanya, memancing di laut hanya perlu membawa batu ladung mati yg bersaiz dari saiz 8 hingga ke no:24 atau no:32 jika memancing di Pantai Barat. Berapakah jumlah yg perlu dibawa? Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada masa memancing dan yang penting ialah sentiasa mempunyai batu ladung tambahan sebagai langkah keselamatan jika berlaku tali pancing sangkut atau putus akibat dari gigitan ikan, terkena karang yg tajam, tersimpul dgn tali rakan2 yg terpaksa diputuskan atau kehilangan yg tak diduga!


Jika ditanya pada masa bilakah sesuai utk turun memancing di laut? Terus terang saya katakan bahawa ramai yg tidakboleh memberimaklumat yg tepat kerna ianya berhubung rapat dgn lokasi yang bakal anda pancingi. Lebih baik jikalau kita minta pandangan dan maklumbalas dari kaki2 pancing yg pernah berkunjung di kawasan tertentu atau dapatkan info dari tekong yang bakal kita gunaka perkhidmatanya. Kalau dari segi masa pula, ikan lebih aktif dan galak memakan umpan diwaktu malam dan pada setiap kali berlaku perubahan arus yakni setiap 3 ke 4 jam. Ketika ketiadaan arus, ikan biasanya bersifat pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah. Jadi, jgn marah dan gusar jika umpan anda tidak dijamah!! Utk jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut untuk satu-satu lokasi yang bakal anda kunjungi. Kadang2 kita akan berhadapan dgn lauatan yg tenang seperti di tasik. Kadang2 bergelora seketika dan 'oleng' kiri dan kanan. Maka bersedialah batu ladung yg sesuai di ketika ini!!

Anda juga perlu tahu untuk menyediakan perambut appolo bagi memancing ikan-ikan selar, tamban, tongkol atau kembong. Atau dengan erti kata lain, kita biasa membelinya di kedai pancing dengan harga RM1.50 ke RM3.00 sebungkus. Ada pelbagai warna dan saiz. Namun begitu, kebanyakan nelayan pantai timur dan selatan, mereka menggunakan perambut appolo yang dibuat sendiri. Saya ingin berkongsi dgn anda semua tentang pembinaan perambut appolo ini...


Bilakah waktu yg paling baik untuk kita memancing di laut dalam?
- Kebiasaannya ialah waktu petang membawa ke senja sebelum tenggelamnya matahari
- Tengah malam serta awal pagi sebelum terbit fajar.
- Awal pagi atau subuh
- Sesudah subuh dari jam 8am hingga 11am

Tip Memancing: <b>Memancing di Pahang</b> | Pancing Pahang - Blogger <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2014 07:32 PM PDT

Ayat ini dibacakan pada umpan...Insyaallah

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

 

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

 

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, "Mudarat" membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya'Allah kita akan terhindar daripada "mudarat" yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai "Ayat Pengerak" kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya'Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya'Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada' Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada' Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya'Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita. 

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya'Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah. 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 Cara mudah dan simple mengikat mata kail

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan